KUPTM News

MINI EXHIBITION SCTS 2017

KUPTM, Kuala Lumpur, 14 Ogos 2017(Isnin) - "Mini Exhibition" bagi sesi Semester May 2017 telah dianjurkan oleh Sekolah Pengkomputeran dan Sains Teknologikal (SCTS). Program yang dijalankan selama dua hari ini telah dirasmikan oleh Prof. Dr. Zubaidah binti Zainal Abidin(Timbalan Naib Canselor Akademik dan Pengantarabangsaan) dengan diiringi oleh Dr. Zahrah Yahya (Dekan SCTS), Pn. Jihadah Ahmad (Timbalan Dekan SCTS) dan Pn. Roslinda Murad (Koordinator Penyelidikan). Sebanyak 54 booth pameran yang terdiri daripada mahasiswa Degree in Information Security (CC202) dan Diploma in Computer Science (CC101) telah mengambil bahagian dalam pameran tersebut. Pameran ini bertujuan untuk membuka ruang kepada para mahasiswa membuat pameran dan demonstrasi aplikasi dan penyelidikan yang dibangunkan bagi projek tahun akhir mereka. Pihak SCTS mengucapkan terima kasih kepada semua penaja yang terlibat dalam menjayakan program ini (pensyarah SCTS, CSR SCTS & KOMASA).

Read more...

English Carnival 2017: Malay Folklores

Kuala Lumpur, 10 Ogos 2017(Khamis) - Sekolah Kemanusiaan dan Sains Sosial, Kolej Poly-Tech MARA, Kuala Lumpur telah mengadakan Karnival Bahasa Inggeris " English Carnival 2017: Malay Folklores" di SK Taman Melawati 2. Karnival ini mendapat sambutan hangat daripada para pelajar dan guru sekolah tersebut.

Sumber FB :kuptmkl.official

Read more...

Program Explorace Merdeka Siswi 2017

Kuala Lumpur, 4 Ogos 2017(Jumaat) - Asrama Siswi dan kelab Kediaman KUPTM telah menganjurkan Program Explorace Merdeka Siswi 2017 bertemakan Negaraku Sehati Sejiwa. Program ini diadakan di Zoo Negara yang disertaikan oleh kira-kira 50 mahasiswi KUPTM. Program ini bermula pada jam 10 pagi hingga 6 petang, bersempena dengan bulan kemerdekaan.

Sumber FB :kuptmkl.official

Read more...
Subscribe to this RSS feed