KUPTM News

LAWATAN PERSIDANGAN DAN MESYUARAT KE KOREA

Seoul, Korea Selatan, 13-19 Ogos 2017 - Yang Berbahagia Naib Canselor KUPTM , Prof.Dr.Abdul Razak Bin Ibrahim diiringi oleh Prof.Dr.Md.Yusoff Bin Taib ,Dekan Sekolah Teknologi dan Pengurusan Inovasi KUPTM telah menghadiri siri lawatan persidangan serta mesyuarat kerjasama bersama beberapa buah Universiti di Seoul ,Korea Selatan. Universiti yang terlibat dalam lawatan persidangan serta mesyuarat selama 7 hari itu ialah Sejong University ,Chung Ang University dan Myongji University. Sekalung Penghargaan dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Y.Bhg. Naib Canselor apabila beliau diumumkan sebagai penerima Anugerah 'Best Paper Award' bagi Halal Logistic Management : An Exploratory. Ini adalah bersempena 'The 1st International Halal Management Conference (IHMC) 2017 yang diadakan di Sejong University , Seoul pada 17-18 Ogos 2017. Kami mewakili warga KUPTM dan KPTM amat berbangga dengan pencapaian yang diperolehi oleh beliau.

Sumber FB :kuptmkl.official