KUPTM News

BENGKEL PRODUCT KNOWLEDGE

Bengkel Product Knowledge KUPTM Kuala Lumpur telah berlangsung pada 13, 15, 16 dan 20 November 2017 di LT 2.1. Bengkel ini bertujuan untuk memberi maklumat tentang program-program yang ditawarkan di KUPTM sama ada maklumat program di peringkat Diploma, Degree, Master atau PhD, yang mana ianya disampaikan oleh beberapa ketua unit yang terlibat seperti Dekan Fakulti dan Penolong Pengarah. Semoga ianya menjadi satu strategi pemasaran yang baik kepada semua staf yang terlibat untuk menyampaikan maklumat yang tepat kepada mereka yang berminat untuk menyambung pengajian di KUPTM Kuala Lumpur.

Read more...

PROGRAM OH MY! POINTER

KHAMIS, 16 November 2017, Program Oh! My Pointer telah berlangsung selama 4 jam bermula 9.00 pagi - 1.00 petang. Pendekatan Teori Metafizik digunakan bagi melahirkan pelajar untuk mendapatkan CGPA: 4.0. Program ini telah dikendalikan oleh penceramah jemputan iaitu YBhg Datuk Haji Che Mat bin Che Ali (Pengerusi PPZ - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan) dan YBhg Dr. Jalaluddin bin Hamri (Pengamal Perubatan Metafizik & Perunding Kesihatan Terapi Sufi Tahap 4). Program tersebut telah dihadiri seramai 100 orang pelajar yang terlibat dari semua sekolah.

Sumber FB : Kolej Universiti Poly-Tech MARA - KUPTM Lumpur Kuala

Read more...

BENGKEL PENGACARAAN DAN PENGURUSAN MAJLIS RASMI

Bengkel Pengacaraan dan Pengurusan Majlis Rasmi yang diadakan pada 10 - 12 November 2017 di Hotel Flamingo Ampang anjuran Bahagian Perhubungan Awam KUPTM dengan kerjasama Unit Latihan Sumber Manusia, Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara, Bahagian Istiadat Jabatan Perdana Menteri, TV AlHijrah, KPTM Bangi dan KPTM Kota Bharu. Tahniah dan Syabas diucapkan!

Sumber FB : Kolej Universiti Poly-Tech MARA - KUPTM Kuala Lumpur

Read more...

PROGRAM BIZFEST - PASAR MALAM KUPTMKL

Event Details:

  • Date :  10:00 am - 10:00 pm
  • Venue : Pekarangan KUPTM, Kuala Lumpur

Program Bizfest yang diadakan pada 13 - 14 November 2017 di pekarangan KUPTMKL, yang mana program ini dikendalikan oleh Kelab Usahawan KUPTMKL. Program ini merupakan Pasar Malam Pertama yang dianjurkan di KUPTMKL, yang mana ianya menampilkan 10 gerai makan dan pakaian serta 15 foodtruck. Program ini juga diserikan lagi dengan persembahan Tarian Tradisional yang ditampilkan oleh Juara Citrawarna KPTM Se-Malaysia dan Silat Cekak Hanafi. Pertandingan akhir nyanyian juga diadakan bagi memeriahkan lagi Pasar Malam Pertama dan Malam Kebudayaan tersebut.

Read more...

PROGRAM OH MY! POINTER

Event Details:

  • Date :  8:30 am - 12:00 pm
  • Venue : LR 5.4 KUPTM, Kuala Lumpur

Program Oh My! Pointer ini adalah program terbuka kepada semua pelajar KUPTM Kuala Lumpur yang ingin memperolehi CGPA: 4.0. Kaedah yang digunakan ialah pendekatan Terapi Metafizik yang akan didedahkan oleh penceramah jemputan iaitu Dr. Jalaludin Hamri, Pengamal Perubatan Aura Metafizik Putrajaya.

Read more...
Subscribe to this RSS feed